Book Review 2 : Kamus Para Pecinta (Nizar Qabbani)
Tajuk: Kamus Para Pecinta (قاموس العاشقين)
Penulis: Nizar Qabbani
Penterjemah: Musfiqur Rahman
Penerbit: Diva Press
Bil. Muka surat: 106
Jumlah Puisi: 66
Harga: RM32.00
Tarikh Diterbitkan: August 2020
Kedai Buku: Gadis Buku
Cara Beli/Pautan: DM IG Gadis Buku or Whatsapp:
Asal Usul
Kali pertama saya mendengar tentang nama pemuisi ini, Nizar Qabbani adalah melalui Instagram saudari Hiqmah Tarmidzi. Hiqmah berulang kali meletakkan teks Arab puisi Nizar beserta terjemahannya dalam bahasa Inggeris di akaun Instagranya. Tidak kurang juga sedutan video-video Nizar di Youtube.
Kemudian, saya ternampak kedai IG Gadis Buku menjual beberapa naskhah karya Nizar Qabbani seperti Beginilah Ku Tulis Sejarah Para Perempuan dan Kamus Para Pecinta. Pada mulanya, saya ingin mencuba buku Beginilah Ku Tulis Sejarah Para Perempuan tetapi mereka sudah kehabisan stok. Lalu, Gadis Buku menyarankan karya beliau yang lain iaitu Kamus Para Pecinta.
Tema Utama Puisi: Cinta
"Nizar tetap konsisten pada karakternya sebagai penyair yang berbicara atas nama cinta, asmara dan wanita. Cinta yang bagi sebahagian kalangan dianggap sebagai tema yang klise, segar bagi Nizar."
Itulah yang dinyatakan di blurb buku. Ketika membaca puisinya, saya jadi terbayang yang Nizar Qabbani seolah-seolah sangat tergila-gila dan sayang akan seorang perempuan yang tidak diketahui siapa. Mungkin isterinya, Bilqis? Wallahua'lam.
Asalnya, saya tidak perasan di blurb buku ada menyatakan bahawa puisi Nizar Qabbani mengandungi unsur-unsur asmara. Sebab saya beli atas talian dan saya lupa untuk rujuk blurb buku dahulu. Beriya benar hendak baca puisi Nizar sehingga kan lupa untuk meninjau latar belakangnya dahulu. Boleh dikatakan unsur tersebut ada dalam 5% sahaja dalam puisi-puisi yang terkandung dalam buku Kamus Para Pecinta ini. Jadi, mungkin pembaca boleh terus langkau sahaja baris-baris yang ada unsur begitu.
Latar Belakang Pemuisi
Menariknya, di pengakhiran buku, terdapat ringkasan latar belakang Nizar Qabbani. Beliau datang daripada keluarga yang menceburkan diri dalam bidang seni seperti puisi dan naskah drama. Selain itu, beliau mengharungi pelbagai ujian berat dalam hidupnya seperti kematian saudara perempuannya, anak lelakinya serta isterinya, Bilqis. Mungkin benar kata-kata orang; penderitaan membolehkan seseorang menulis perkara-perkara yang indah kerana dia telah merasakan perbezaan sebenar antara derita dan bahagia.
Bahasa
Naskah dalam pegangan saya merupakan terjemahan dalam bahasa Indonesia oleh Musyfiqur Rahman. Namun, nama asal buku tersebut Qamus al-‘Asyiqin lebih terasa mesra dan mendukung emosi cinta yang lebih berat bagi mereka yang memahami bahasa Arab.
Puisi-puisinya yang diterjemah ini masih dapat terasa bisanya (kekuatan emosi). Namun, saya berpendapat jika seseorang dapat menghayati puisi dalam bahasa asal penulis, kesan emosinya lebih terasa. Mungkin satu hari nanti saya dapat memahami puisi Arab tanpa memerlukan terjemahan? Wallahua'lam.
Bahagian Kegemaran dalam Buku
Untuk buku ini, saya tidak dapat pilih puisi mana paling saya suka. Mungkin sebab saya baca dengan laju sepintas lalu dan tidak berapa gemar dengan puisinya yang begitu sarat tentang perempuan. SANGAT SARAT.
Rating Keseluruhan: 4/5
Baca Semula? : Ya
Disarankan kepada: Peminat puisi cinta
Selamat membaca!
Comments
Post a Comment