Posts

Showing posts from November, 2020

Book Review 2 : Kamus Para Pecinta (Nizar Qabbani)

Image
Tajuk: Kamus Para Pecinta (قاموس العاشقين) Penulis: Nizar Qabbani Penterjemah: Musfiqur Rahman Penerbit: Diva Press Bil. Muka surat: 106 Jumlah Puisi: 66  Harga: RM32.00 Tarikh Diterbitkan: August 2020   Kedai Buku: Gadis Buku   Cara Beli/Pautan: DM IG Gadis Buku or Whatsapp:  wa.me/601116888854 Asal Usul  Kali pertama saya mendengar tentang nama pemuisi ini, Nizar Qabbani adalah melalui Instagram saudari Hiqmah Tarmidzi. Hiqmah berulang kali meletakkan teks Arab puisi Nizar beserta terjemahannya dalam bahasa Inggeris di akaun Instagranya. Tidak kurang juga sedutan video-video  Nizar di Youtube.  Kemudian, saya ternampak kedai IG Gadis Buku menjual beberapa naskhah karya Nizar Qabbani seperti Beginilah Ku Tulis Sejarah Para Perempuan dan Kamus Para Pecinta. Pada mulanya, saya ingin mencuba buku Beginilah Ku Tulis Sejarah Para Perempuan tetapi mereka sudah kehabisan stok. Lalu, Gadis Buku menyarankan karya beliau yang lain iaitu Kamus Para Pec...

Relevankah lagi Cita-cita di Musim Pandemik?

Image
Cita-cita dan Pekerjaan Jika diimbau kembali, ketika kita masih di bangku sekolah, cikgu pasti akan mengajukan soalan wajib: "Apa cita-cita kamu?" Baru-baru ini, adik saya yang berumur 11 tahun bertanyakan saya soalan yang sama.  "Entah la dik, akak pun tak tahu," jawabku. "Mana boleh tak tahu. Apaaa lah akak ni. Cikgu kata semua orang kena ada cita-cita," bebelnya panjang lebar.  "Adik nak jadi chef!" sambungnya lagi. Saya cuma tersenyum.  Ketika di sekolah rendah, kita diajar secara tidak langsung bahawa cita-cita ialah pekerjaan. Pekerjaan ialah cita- cita."CITA-CITA = PEKERJAAN". Contoh cita-cita yang selalu diutarakan ialah doktor, polis, bomba, cikgu dan sebagainya.  Konsep tersebut tidak salah, memandangkan kapasiti pemikiran abstrak dan berfikiran secara kritis masih terhad pada usia tersebut. Apabila kita semakin matang dan dewasa, pemahaman kita tentang cita-cita semakin luas.Cita- cita tidak semestinya dalam bentuk pekerjaan....