Posts

Book Review 4: Kitab Kebijaksanaan Orang-Orang Gila

Image
  Tajuk: Kitab Kebijaksanaan Orang-Orang Gila  Tajuk Asal: ‘Uqala al-Majanin (عقلاء المجانين) Penulis : Abu al-Qasim al-Naisaburi | Penterjemah: Zainul Maarif  Penerbit: Darun Nafa Bil. Muka surat: 447 | Tarikh Diterbitkan: 2017 Harga Dibeli: RM75.60 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018) Sejujurnya, buku ini memang mahal. Tetapi sebab itulah kali pertama saya nampak buku itu seumur hidup di PBAKL 2018, jadi saya terus sambar dan bayar. Agak logik kenapa tak pernah nampak buku itu sebab usianya baru 1 tahun ketika itu dan diterbitkan di Indonesia.  Kedai Buku: Wali Pustaka, Indonesia (Menurut informasi dalam buku) Cara Beli/Pautan:  Kalau ada yang berminat hendak beli, saya cadang untuk cari di Shopee. Ada beberapa seller Indonesia yang jual dengan harga agak murah, tetapi saya tidak berani nak cadangkan yang mana satu kerana saya jarang beli barang via Shopee dari Indonesia.  Saya ada jumpa satu sahaja penjual tempatan yang masih ada stok dengan har...

Kaedah Saya Hafaz Surah Al-Quran ketika Kecil

Image
Ketika saya masih di bangku sekolah rendah, ibu dan ayah menghantar saya ke sebuah sekolah integrasi agama swasta di sebuah bandar metropolitan.  Dari situlah bermulanya langkah awal saya berjinak-jinak menghafaz al-Quran. Sejak Darjah 1, setiap murid akan mengambil subjek Hafazan. Kami bermula dengan surah-surah lazim iaitu surah an-Nas, al-Falaq, al-Ikhlas sehingga habis juzuk 30. Ada sesetengah pelajar (kebanyakannya lelaki) kapasitinya lebih laju; mereka mampu hafaz surah-surah amalan harian yang agak panjang seperti surah al-Mulk.  Ketika saya menamatkan darjah 4 di sekolah itu, alhamdulillah saya berjaya hafaz surah an-Nas sehingga surah al-Fajr. Walaupun sudah berpindah sekolah, saya teruskan menghafaz baki surah-surah lain dalam juzuk 30 kecuali an-Naba’ secara kendiri sebelum masuk sekolah menengah.  Saya bukanlah pelajar paling laju dalam kelas dulu bila bab hafazan😅 tapi saya bersyukur dengan kapasiti diri yang Allah izinkan ketika itu. Tidak terfikir pun untu...

Random Lessons I Got from Hadith Classes that Aren’t Exactly About Hadith

Image
Bismillah.  If I am given a choice to study subjects on al-Quran or Hadith, I would choose the Quran. But, like it or not, the Quran and Hadith depend on each other. So, I have to learn both. Back when I was in IIUM, I took a Hadith subject called Tadwin as-Sunnah (Writing of the Sunnah) taught by Dr K. There are a few lessons that I kind of realised as I learned more in the al-Quran Sunnah field.  This photo got the IRK class vibes, so why not? ( Credits to Owner ) #1 Amali : The ‘Hadith Notebooks’  We always come across the word kutub sittah (the Six Books of Hadith), kitab sahih and musnad. However, those are not the only types of hadith books that exist in the field. During Tadwin Sunnah’s class, all students were assigned to find different types of hadith books such as sahih, musnad, mustadrak, mu’jam, and much more. My group got a type of hadith book called Amali ( الأمالي ). They are actually notebooks that were written by students of Hadith in the past. Imagine: T...

Book Review 3: Sains Menulis Puisi

Image
Tajuk: Sains Menulis Puisi Penulis: Fahd Razy  Penerbit: Penerbitan Kata Pilar Bil. Muka surat: 191 Harga: RM 25.00 Tarikh Diterbitkan: November 2018 Kedai Buku: Popular Bookstore Bab: Bab 1: Sains Menulis Puisi | Bab 2: Hal2 Yang Tak Pernah Selesai | Bab 3: Membina Asas Puisi |  Bab 4: Terlajak Perahu | Bab 5: Bertukang Puisi | Bab 6: Pasca Puisi Asal Usul : Bagaimana boleh terbeli? Bismillah. Saya pernah ternampak buku ini beberapa kali di kedai buku. Namun, tidak terpanggil untuk beli kerana niche penulisan saya bukanlah puisi, walaupun saya pernah cuba-cuba semasa tahun 2015 dulu di Darul Quran. Jika dibaca kembali apa yang saya ingatkan 'puisi itu', saya hanya mampu ketawakan sahaja. Karangan ayat pendek itu lebih layak digelar seloka. Tetap menghiburkan walaupun tidak puitis.  Alhamdulillah saya terpilih sebagai 30 peserta untuk Minggu Penulis Remaja (MPR) 2020 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Rupanya penyampai untuk slot puisi MPR 2020 ialah Dr Fahd Razy, pe...

Book Review 2 : Kamus Para Pecinta (Nizar Qabbani)

Image
Tajuk: Kamus Para Pecinta (قاموس العاشقين) Penulis: Nizar Qabbani Penterjemah: Musfiqur Rahman Penerbit: Diva Press Bil. Muka surat: 106 Jumlah Puisi: 66  Harga: RM32.00 Tarikh Diterbitkan: August 2020   Kedai Buku: Gadis Buku   Cara Beli/Pautan: DM IG Gadis Buku or Whatsapp:  wa.me/601116888854 Asal Usul  Kali pertama saya mendengar tentang nama pemuisi ini, Nizar Qabbani adalah melalui Instagram saudari Hiqmah Tarmidzi. Hiqmah berulang kali meletakkan teks Arab puisi Nizar beserta terjemahannya dalam bahasa Inggeris di akaun Instagranya. Tidak kurang juga sedutan video-video  Nizar di Youtube.  Kemudian, saya ternampak kedai IG Gadis Buku menjual beberapa naskhah karya Nizar Qabbani seperti Beginilah Ku Tulis Sejarah Para Perempuan dan Kamus Para Pecinta. Pada mulanya, saya ingin mencuba buku Beginilah Ku Tulis Sejarah Para Perempuan tetapi mereka sudah kehabisan stok. Lalu, Gadis Buku menyarankan karya beliau yang lain iaitu Kamus Para Pec...

Relevankah lagi Cita-cita di Musim Pandemik?

Image
Cita-cita dan Pekerjaan Jika diimbau kembali, ketika kita masih di bangku sekolah, cikgu pasti akan mengajukan soalan wajib: "Apa cita-cita kamu?" Baru-baru ini, adik saya yang berumur 11 tahun bertanyakan saya soalan yang sama.  "Entah la dik, akak pun tak tahu," jawabku. "Mana boleh tak tahu. Apaaa lah akak ni. Cikgu kata semua orang kena ada cita-cita," bebelnya panjang lebar.  "Adik nak jadi chef!" sambungnya lagi. Saya cuma tersenyum.  Ketika di sekolah rendah, kita diajar secara tidak langsung bahawa cita-cita ialah pekerjaan. Pekerjaan ialah cita- cita."CITA-CITA = PEKERJAAN". Contoh cita-cita yang selalu diutarakan ialah doktor, polis, bomba, cikgu dan sebagainya.  Konsep tersebut tidak salah, memandangkan kapasiti pemikiran abstrak dan berfikiran secara kritis masih terhad pada usia tersebut. Apabila kita semakin matang dan dewasa, pemahaman kita tentang cita-cita semakin luas.Cita- cita tidak semestinya dalam bentuk pekerjaan....

Book Review 1: Abu Zayd Al-Balkhi's Sustenance of the Soul (Malik Badri)

Image
Full title: Abu Zayd Al-Balkhi's Sustenance of the Soul; The Cognitive Behavior Therapy of a Ninth Century Physician  Translation and annotation by : Prof. Dr. Malik Badri  Publisher: International Institute of Islamic Thought (IIIT)  Pages: 71 Price: Bought at RM30.00 | Current price : RM38.00 Date of reprint: 2018 Bookstore: Pelita Dhihin bookstore on their official online bookstore, Kafilahbuku.com Link to purchase: https://kafilahbuku.com/abu-zayd-al-balkhi-s-sustenance-of-the-soul-the-cognitive-behavior-therapy-of-a-ninth-century-physician?search=balkhi --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- First of all, I have to warn you that this book is ALWAYS out of stock on kafilahbuku.com. Somehow I got lucky to actually get it back in 2018. I only finished reading it in September 2020. It's okay to keep your books piling as long as you actually read it one day. The truth is, I foun...